Thursday, June 25, 2015

PERHUBUNGAN

Hubungan ni membawa maksud yg sgt lah meluas..in fact mcm2 jns atau bentuk hubungan wujud di atas muka bumi Allah ni.

Ada hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam, hubungan dgn benda2 lain lg la.. hmm speaking of relationship between human and human, pasti otak ni akan ligat je mengaitkan dgn hubungan antara lelaki dan wanita..mak dgn anak, anak dgn ayah, suami isteri malah hubungan persahabatan.

Untuk diri aku sendiri, sejak dr aku sekolah rendah sampai lah ke alam universiti kawan-kawan aku sendiri kebanyakannya adalah lelaki berbanding wanita.. mungkin ada yang pandang serong dgn aku sbb lbh byk bergaul dgn kawan lelaki berbanding kwn2 wanita..bukan nak mengata atau menghina tp kebanyakan kawan-kawan wanita yg aku kenali lebih suka bergosip, bergaduh dr mengukuhkan hubungan persahabatan tu sendiri.. kadang2 psl study group pun boleh sbbkan pergaduhan..hehehe tu zaman sekolah dulu la kan

bila dah msk universiti plak, nak di jadikan cite sekali lg BFF aku is lelaki hahahha time tu kalo ada assignment je mesti ktorg akn dlm group yg sama..bajet xkan terpisah la ni (mcm iklan digi kan)...so tiap2 sem la kat cover page tu nama aku n si polan ni..time study utk exam pun aku bertapa kat library dgn beliau..kesimpulannya die ni dah mcm kekasih gelap aku ke mana aja ktorg pergi bersama2 nak shopping, nak layan wayang sume benda la smpi otak pun dah sync..kalo  nak kuar lepak xyah pakai msg bgtau pakai bju kale apa dah tau2 je ble berjumpa tgk2 warna baju kami sama. confirm time tu ktorg akan gelak mcm mak lampir hanya sbb warna baju sama.. Bila waktu berlalu, kawan aku ni pun dh bekerja, umah sewa pun xjauh dr aku.. Alhamdulillah dah 10 tahun pun ktorg berkawan skrg ni.. masing2 pun dah ada psgn sendiri skrg ni.

Hmm bile sebut pasal pasangan ni kan, aku rasa standard la utk setiap org akan ada preference mereka sendiri berkenaan pasangan masing2 kan..well same goes to me..pada pandangan aku, dalam sesuatu perhubungan tu apa yang paling penting sekali adalah kesetiaan, kejujuran dan pemahaman juga komunikasi. kalo benda2 asas ni xwujud dlm sesuatu perhubungan tu, hmm pd aku akan jd susah la perhubungan itu.. kalo korg tny pendapat aku jenis pasangan yg aku inginkan, jwpn aku mudah je setia jujur n amanah (bab beriman, soleh dll tu sume org nak kan???). bila sesorg tu dah x mampu utk setia n jujur pd psgn dorg, aku rs better hentikan aje perhubungan tu dr membiarkan perasaan terus hanyut... SETIA..hmm mksdnya tumpu pd aku sorg je ke?xyah kwn dgn kaum hawa yg lain??? NOPE bkn tu yg aku mksdkan pun, pd aku, aku x kisah pun psgn aku nak berkawan dgn sesape saje sbb hak berkawan tu kan hak asas setiap manusia..in fact aku sendiri pun masih lagi berkawan baik dgn ex2 aku.. yg aku mksdkan di sini ialah bila mana kita berkawan dgn org yg berlainan jantina dgn kita tu, jgn lah kita membiarkan diri kita hanyut dlm perasaan sampai kita terlalu melayan  mereka hingga tahap bersayang2, ber abang2, lalink, etc.... penting utk kita tau batasan kita.. kadang2 mungkin niat kita nak bergurau, tp kadang2 kita x sedar, gurauan kita itu d sudut hati pandangan org lain adalah sesuatu yang sgt berbisa atau memedihkan lagi melukakan (ha dah mcm suci lg menyucikan plak)..jd untuk menjaga sesuatu perhubungan itu penting untuk kita menjaga batasan pergaulan kita.

Kadang-kala benda yang simple di pandangan kita adalah benda yang complicated pd pandangan org lain, itulah indahnya ciptaan Allah..menjadikan setiap org dalam keadaan yang berbeza2 supaya kita dapat saling mengenali kelebihan serta kekurangan setiap org yang berada di dalam lingkaran perhubungan kita ini.

Thursday, March 26, 2015

Tidak Sedar Dalam Sedar

Assalammualaikum..

Tidak sedar dalam sedar..hmm bunyi mcm keliru kan? yap..kadang2 dalam keadaan sedar, kita tidak sedar yang kita telah mengabaikan sesuatu perkara.. PERKARA? perkara ape ek? well mcm2 perkara..

Kadang dalam keadaan kita sedar, tanpa kita sedari kita telah melukakan perasaan kita, dan lebih parah lg bila daam keadaan kita sedar, tanpa kita sedari kita telah membiarkan pasangan kita atau orang di sekeliling  kita untuk menyakitkan hati serta perasaan kita. Kadang kala perkara sebegini berulang dan terus berulang hanya kerana kita sering memaafkan perbuatan golongan tersebut.

Adakalanya hati dan perasaan kita merasakan lebih baik utk kita memaafkan kesalahan org lain kerana itu lah perkara yg terbaik... TETAPI persoalannya adakah mereka akan menggunakan kesempatan serta peluang yang telah kita berikan pada mereka itu dengan sebaik yang mungkin atau adakah mereka hanya menggunakan peluang tersebut untuk terus melakukan hal2 yang lebih menyakitkan kita di masa hadapan????

tidak kira apa pun jua keadaan nya...janganlah kita  mempergunakan kepercayaan yang telah di berikan kepada kita kerana adakalanya peluang yang datang tu xkan datang sekali lagi.

Sunday, February 23, 2014

Blur

Assalammualaikum...

Its another day of life..

its a beginning and it can be an ending too

a day of a happiness or even a day with sorrow

A new start..or just a continuous from the last

In life, we are given a chance.. a chance to choose what or who we want to be and YES we are definitely responsible to the decision that we've made.. we have to have a reason to what we are planned..although sometimes we cant find any reason..

In some cases, there are some people who would rather choose to be or to live in their own comfort zone or memories or past rather than to get up and move on and start having a new life with a new color. though the path are open wide for them but it seems so hard for them to go through it...what does stop them?why would they refuse or reject?who can help them?how they would survive?hmmm

Monday, January 6, 2014

HATI

Bismillah...

Hatiku, hatimu...menjadi 1 jiwa

Kata2 yang cukup ringkas, tp membawa maksud yang sangattttttttt (woit bpe byk T la nak aku letak kan ni) mendalam. Pepatah dulu2 selalu sebut dari mata turun ke hati, dr hati lahirnya rasa..

H.A.T.I benda yang kecik tapi fungsinya?sangat banyak...dah mcm pokok kelapa plak 1 benda byk hal blh jd dengan hati ni... kadang2 tanpa kita sedari dr hati lah segala hal boleh tercetus, kerana hati kdg2 seorang sahabat boleh kehilangan sahabatnya, kerana hati juga dua jiwa yang sebelum ni berjauhan boleh di dekatkan dan kerana hati jugalah manusia boleh berubah watak..

Hati walaupun size kecil tp walaupun telah dipotong msh lg mampu untuk membiak semula, begitu juga dengan perasaan yang ada dalan hati kita ni.. kadangkala kita meihat seseorang itu dengan hati / perasaan yang penuh kebencian..tp dengan sedikit kebaikan yang di tonjolkan perlahan2 hati kita yang dulunya penuh rasa benci akan mula membiakkan rasa suka dan gembira... dan begitu juga hal yang sebaliknya mampu berlaku disebabkan hati n rasa..jika dahulu kita sangat menyayangi sesorg, kdgkala akibat perubahan hati, boleh menyebabkan hati 1 pihak lagi menanggung kesedihan n juga kekecewaan.

Hati juga ada ketikanya membuatkan kita menjadi mudah tersentuh, dari sentuhan di hati kita, tanpa kita sedari perlahan2 akan menyebabkan air mata kita perlahan2 menitis keluar dr pelupuk mata kita..dan di saat itu tibe2 hati kita akan dapat merasakn kepedihan,kesakitan n kesengsaraan yang di alami oleh org lain...

wpun hati hanya di dalam tubuh badan kita, tp hati juga lah yang kadangkala mengawal tindak tanduk luaran kita..jadi tidak kira siapapun kita ini, kita harus selalu beringat bahawa hati mampu memainkan peranan yang sangat besar di dalam kehidupan kita, jd jangahlah kita mudah mempermainkan hati n rasa org lain jika kita menginginkan hati kita di jaga org lain...setiap apa yang kita berikan, akan sampai 1 saatnya ia akan kembali semula kpd kita.. Hukum kehidupan, yang di beri pasti akan mendatang kembali.

Wallahualam..

Tujuan n Matlamat

Assalammualaikum...BismillahiRahmaniRahim

Tujuan Hidup Vs Matlamat Hidup

hmm berdasarkan dr dua perkara di atas tu..mana satu yg lebih penting? mana 1 yg mempunyai nilai priority yg lebih tinggi?


Apakah sebenarnya matlamat hidup kita di dunia ni? Apakah tujuan kita hidup di dunia ni? dr mata kasar kedua2 benda ni nmpk hampir sama mksdnya...tp kalao kita teliti n dalami betul2, sebenarnya kedua2 ni mempunya maksud yg agak berbeza.

Dari segi sudut pandangan aku yg x berapa nak terer ni n berdasarkan pemahaman dr apa yg di dengar n dipelajari, Matlamat Hidup adalah sasaran kita atau apa yg kita inginkan dlm hidup kita ni. Contohnya nak jd seorang anak yang taat pd ibu bapa, menjadi seorang guru yg berdedikasi, menjadi pensyarah yang tulus n ikhlas mencurahkan segala ilmu yang ada pd pelajar2nya, nak beli keta mewah 4-6 biji (uikkk kena keje kerassss ni), nak ada keluarga dll.. ni semua adalah matlamat kita, sasaran kita / hajat kita.

Sementelah itu (woww ayat aku) Tujuan Hidup ini adalah niat kita utk hidup.. Jadi apa sebenarnya niat kita utk hidup di muka bumi Allah ni? haaa jawapannya xlain dan tak bukan adalah untuk menjalankan kewajipan kita sebagai hambaNya..Tujuan kita dihidupkan di dunia ni adalah untuk menjadi khalifah yakni pemimpin atau pentadbir di muka bumi Allah ni..setiap hal yang kita lakukan hendaklah dengan 1 tujuan / niat yakni LILLAHI TA'ALA. Tujuan kita di jadikan adalah untuk beribadah kepadanya,,jd setiap hal atau perkara yang kita lakukan di muka bumi ni, nak cari suami/ isteri ke, nak jd anak yg soleh/solehah ke, nak cari keta mewah 4-6 biji ke, semua ni kita kenalah lakukan dgn 1 tujuan / niat yakni untuk mendapatkan keredhaan dr ALLAH S.W.T bukanlah kerana kita nak mendapatkan pujian atau pandangan istimewa dr makhluk2 lain yang diciptakan Allah.. kerana kita semua diciptakan oleh Dia, jd utk apa kt menjd istimewa di pandangan mata makhluk ciptaanNya, sebaliknya berusahalah kita untuk menjadi istimewa di pandangan mata pencipta kita sendiri yakni Allah S.W.T.

Satu hal yang penting untuk kita selalu ingat sepanjang perjalanan kita memenuhi matlamat n tujuan hidup kita ni adalah "Setiap manusia itu dijadikan sama disisi Allah S.W.T yang mampu membezakan mereka hanyalah iman n taqwa". sekiranya kita berusaha untuk menjd yang terbaik di pandangan mata manusia, kita blm tentu akan menjd yg terbaik di pandangan mata Allah, sebaliknya jika kita berusaha menjd yg terbaik di pandangan mata Allah, insyaAllah tanpa kita sedari kita juga akan menjadi yg baik di pandangan mata manusia. Sehebat mana pun kita di dunia ini, sesungguhnya ada yg lebih hebat dr kita dan itu semestinya x lain x bukan adalah Dia Allahurabbi....

Wallahualam..

"SETIAP KEJAYAAN ITU BERMULA DENGAN 1 LANGKAH KE HADAPAN"

LEBIH BAIK


Mengetahui atau tidak mengetahui..memberitahu atau tidak memberitahu, bertanya atau berdiam diri.

Kadang2 kita x tahu mn 1 diantara keputusn2 atau pilihan keputusan yang patut kita lakukan..kadang2 apabila kita mengetahui mengenai sesuatu hal / perkara.. ia akan membuatkan kita merasakn adalah lebih baik utk kt tidak mengetahuinya, malah kdgkala kt akan berasa sgt bersyukur kerana kt diberi kesempatan utk mengetahui akan kebenaran mengenai sesuatu hal.

ada saat atau ketikanya kita merasakan seolah2 kita ingin meluahkan sesuatu rasa / perkara yang telah kita ketahui pd sesorang, tp ada waktunya kita merasakan adalah lebih baik jika kita mendiamkan diri sahaja.cukuplah hanya kita yang mengetahuinya agar kita boleh trs melihat n mengikut rentak atau gaya perjalanan / permainan sesuatu perkara itu agar kita dpt membuat keputusan dgn lbh tepat lg.

akan sampai waktu ketika jiwa n hati kita sangat meronta2 untuk bertanya akan sesuatu hal, akan tetapi di satu sudut lain pula hati kita merasa bagai tidak perlu untuk meluahkan rasa atau persoalan itu.. jiwa kecil kita akan merasakan lebih baik andai persoalan itu cukuplah sekadar berlegar di pemikiran n hati kita kerana ditakuti persoalan itu bakal mencetuskan perkara yg lebih tidak terkawal dan begitulah sebaliknya.

pelbagai persoalan n perasaan akan bermain di pemikiran n hati setiap insan yg bernyawa..walau bagaimanapun tepulang lah pd diri seseorang itu untuk mengawal situasi agar hal2 yang tidak diingini tidak berlaku...adalah lebih baik jika kita sebagai makhluk ciptaanNya berdoa n memohon petunjuk drNya dalam apa jua persoalan yg bermain di minda kita..akan kerana dengan ini kehidupan kita akan menjadi lebih baik apabila kita semakin mendekatkan diri kita dengan Dia yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang berlaku di alam ciptaanNya ini..

Wallahualam..

Tuesday, September 24, 2013

Permulaan Baru

Bismillah....

Ehhh biar betul...pejam celik its been 5 years since my first update in this blog...
hehe bila dibelek semula blog ni rasa mcm nak gelak guling2 sorg2 pun ada..
kelakar plak rasa hati ni bila baca entri-entri yg dolu-dolu tu...semuanya penulisan jns sesuki hati nak tulis apa pon....well yg ni pun x jauh beza gak ni.

Diam x diam dah 5 tahun blog ni wujud tp sygnya im not an active blogger..so xlah byk sgt pun nukilan jiwa yg tersemat dalam ni kan..

Dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ni mcm2 perkara yg dah berlaku dalam kehidupan ni...ms mula2 wujudkan blog ni i'm a fresh programmer yg baru start keje kat sebuah company software bumiputera (Fineline Technology Sdn Bhd) then setahun kemudian terlintas kat hati untuk further my studies in Master Degree.. so demi mencapai cita-cita n hajat hati, aku pun melanjutkan pengajian kat UUM dlm bidang Msc Information Technology Selama 1 1/2 tahun... Maka bertapa lah aku di bumi Sintok spnjg tempoh tu haha walaupun kelas aku hanya weekend je..maka weekday hari wat keje sek n hahahahahari merayap..(Fuhh hampeh..sila jgn tiru habit ini)

Nak dijadikan cerita plak...ms aku sem akhir, hehe ingat lg time tu aku tgh pulun wat projek JAVA tetiba dpt panggilan misteri dr kwn lama time F6 dulu.. dengan penuh kesopanan n kesusilaan beliau mengajukan aku dgn sebuah soalan cepu cemas... haha lebih krg gni la opening doialog dia.. "Weh put put ko x minat smbg PhD ke? " wakakaa gila ko aku x minat? maka dgn spnh jiwa pun aku menjwb segala pertanyaan die n Alhamdulillah dia bgtau akku yg MOHE ada sediakan scholar utk sesape yg nak smbh PhD.... Woww pucuk dicita ulam mendatang... Since dat day aku mula lah berazam n tanam cita2 smbg PhD plak...maklumlah ilmu kat dada den ni msh kecik2 anak lg...mn lah blh nak compare dgn otai2 ilmu yg sedia ada kan...

Makanya start dr detik tu gak la aku mula mencari info n sebarkan maklumat tu pd kengkawan yg mgkn berminat utk sambung blaja gak.... Alhamdulillah hajat aku tu disokong penuh oleh family n kawan2 aku... So sehabisnya pengajian aku kat UUM aku trs smbg wat IELTS dgn my sweet n cute friend Miss A then lps berjaya je dapat IELTS apa lg..tangga IIUM kami daki utk submit application for PhD...

Alhamdulillah...hasil usaha kami berbalas dgn kegembiraan...kami berjaya dpt tmpt kat IIUM n yg lbh menggembirakan kami dpt scholar dr MOHE tu...maka Sept 2011 bermula lah journey kami dlm pengajian ini....

Harapan besar sgt moga2 Allah memberkati n merahmati usaha kami ni..moga apa yg kami hajati n usaha kan membuahkan hasil yg lumayan (Kejayaan) InsyaAllah... hehehe mcm xcaya je dlm tempoh 5 thn ni dah mcm2 ujian dugaan kejayaan kegembiraan malah kesedihan yg berlaku dlm hidup ni... moga segalanya memberikan dorongan petunjuk wat aku dan semua.. InsyaAllah..