Thursday, June 25, 2015

PERHUBUNGAN

Hubungan ni membawa maksud yg sgt lah meluas..in fact mcm2 jns atau bentuk hubungan wujud di atas muka bumi Allah ni.

Ada hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam, hubungan dgn benda2 lain lg la.. hmm speaking of relationship between human and human, pasti otak ni akan ligat je mengaitkan dgn hubungan antara lelaki dan wanita..mak dgn anak, anak dgn ayah, suami isteri malah hubungan persahabatan.

Untuk diri aku sendiri, sejak dr aku sekolah rendah sampai lah ke alam universiti kawan-kawan aku sendiri kebanyakannya adalah lelaki berbanding wanita.. mungkin ada yang pandang serong dgn aku sbb lbh byk bergaul dgn kawan lelaki berbanding kwn2 wanita..bukan nak mengata atau menghina tp kebanyakan kawan-kawan wanita yg aku kenali lebih suka bergosip, bergaduh dr mengukuhkan hubungan persahabatan tu sendiri.. kadang2 psl study group pun boleh sbbkan pergaduhan..hehehe tu zaman sekolah dulu la kan

bila dah msk universiti plak, nak di jadikan cite sekali lg BFF aku is lelaki hahahha time tu kalo ada assignment je mesti ktorg akn dlm group yg sama..bajet xkan terpisah la ni (mcm iklan digi kan)...so tiap2 sem la kat cover page tu nama aku n si polan ni..time study utk exam pun aku bertapa kat library dgn beliau..kesimpulannya die ni dah mcm kekasih gelap aku ke mana aja ktorg pergi bersama2 nak shopping, nak layan wayang sume benda la smpi otak pun dah sync..kalo  nak kuar lepak xyah pakai msg bgtau pakai bju kale apa dah tau2 je ble berjumpa tgk2 warna baju kami sama. confirm time tu ktorg akan gelak mcm mak lampir hanya sbb warna baju sama.. Bila waktu berlalu, kawan aku ni pun dh bekerja, umah sewa pun xjauh dr aku.. Alhamdulillah dah 10 tahun pun ktorg berkawan skrg ni.. masing2 pun dah ada psgn sendiri skrg ni.

Hmm bile sebut pasal pasangan ni kan, aku rasa standard la utk setiap org akan ada preference mereka sendiri berkenaan pasangan masing2 kan..well same goes to me..pada pandangan aku, dalam sesuatu perhubungan tu apa yang paling penting sekali adalah kesetiaan, kejujuran dan pemahaman juga komunikasi. kalo benda2 asas ni xwujud dlm sesuatu perhubungan tu, hmm pd aku akan jd susah la perhubungan itu.. kalo korg tny pendapat aku jenis pasangan yg aku inginkan, jwpn aku mudah je setia jujur n amanah (bab beriman, soleh dll tu sume org nak kan???). bila sesorg tu dah x mampu utk setia n jujur pd psgn dorg, aku rs better hentikan aje perhubungan tu dr membiarkan perasaan terus hanyut... SETIA..hmm mksdnya tumpu pd aku sorg je ke?xyah kwn dgn kaum hawa yg lain??? NOPE bkn tu yg aku mksdkan pun, pd aku, aku x kisah pun psgn aku nak berkawan dgn sesape saje sbb hak berkawan tu kan hak asas setiap manusia..in fact aku sendiri pun masih lagi berkawan baik dgn ex2 aku.. yg aku mksdkan di sini ialah bila mana kita berkawan dgn org yg berlainan jantina dgn kita tu, jgn lah kita membiarkan diri kita hanyut dlm perasaan sampai kita terlalu melayan  mereka hingga tahap bersayang2, ber abang2, lalink, etc.... penting utk kita tau batasan kita.. kadang2 mungkin niat kita nak bergurau, tp kadang2 kita x sedar, gurauan kita itu d sudut hati pandangan org lain adalah sesuatu yang sgt berbisa atau memedihkan lagi melukakan (ha dah mcm suci lg menyucikan plak)..jd untuk menjaga sesuatu perhubungan itu penting untuk kita menjaga batasan pergaulan kita.

Kadang-kala benda yang simple di pandangan kita adalah benda yang complicated pd pandangan org lain, itulah indahnya ciptaan Allah..menjadikan setiap org dalam keadaan yang berbeza2 supaya kita dapat saling mengenali kelebihan serta kekurangan setiap org yang berada di dalam lingkaran perhubungan kita ini.

Thursday, March 26, 2015

Tidak Sedar Dalam Sedar

Assalammualaikum..

Tidak sedar dalam sedar..hmm bunyi mcm keliru kan? yap..kadang2 dalam keadaan sedar, kita tidak sedar yang kita telah mengabaikan sesuatu perkara.. PERKARA? perkara ape ek? well mcm2 perkara..

Kadang dalam keadaan kita sedar, tanpa kita sedari kita telah melukakan perasaan kita, dan lebih parah lg bila daam keadaan kita sedar, tanpa kita sedari kita telah membiarkan pasangan kita atau orang di sekeliling  kita untuk menyakitkan hati serta perasaan kita. Kadang kala perkara sebegini berulang dan terus berulang hanya kerana kita sering memaafkan perbuatan golongan tersebut.

Adakalanya hati dan perasaan kita merasakan lebih baik utk kita memaafkan kesalahan org lain kerana itu lah perkara yg terbaik... TETAPI persoalannya adakah mereka akan menggunakan kesempatan serta peluang yang telah kita berikan pada mereka itu dengan sebaik yang mungkin atau adakah mereka hanya menggunakan peluang tersebut untuk terus melakukan hal2 yang lebih menyakitkan kita di masa hadapan????

tidak kira apa pun jua keadaan nya...janganlah kita  mempergunakan kepercayaan yang telah di berikan kepada kita kerana adakalanya peluang yang datang tu xkan datang sekali lagi.