Thursday, March 26, 2015

Tidak Sedar Dalam Sedar

Assalammualaikum..

Tidak sedar dalam sedar..hmm bunyi mcm keliru kan? yap..kadang2 dalam keadaan sedar, kita tidak sedar yang kita telah mengabaikan sesuatu perkara.. PERKARA? perkara ape ek? well mcm2 perkara..

Kadang dalam keadaan kita sedar, tanpa kita sedari kita telah melukakan perasaan kita, dan lebih parah lg bila daam keadaan kita sedar, tanpa kita sedari kita telah membiarkan pasangan kita atau orang di sekeliling  kita untuk menyakitkan hati serta perasaan kita. Kadang kala perkara sebegini berulang dan terus berulang hanya kerana kita sering memaafkan perbuatan golongan tersebut.

Adakalanya hati dan perasaan kita merasakan lebih baik utk kita memaafkan kesalahan org lain kerana itu lah perkara yg terbaik... TETAPI persoalannya adakah mereka akan menggunakan kesempatan serta peluang yang telah kita berikan pada mereka itu dengan sebaik yang mungkin atau adakah mereka hanya menggunakan peluang tersebut untuk terus melakukan hal2 yang lebih menyakitkan kita di masa hadapan????

tidak kira apa pun jua keadaan nya...janganlah kita  mempergunakan kepercayaan yang telah di berikan kepada kita kerana adakalanya peluang yang datang tu xkan datang sekali lagi.