Monday, January 6, 2014

HATI

Bismillah...

Hatiku, hatimu...menjadi 1 jiwa

Kata2 yang cukup ringkas, tp membawa maksud yang sangattttttttt (woit bpe byk T la nak aku letak kan ni) mendalam. Pepatah dulu2 selalu sebut dari mata turun ke hati, dr hati lahirnya rasa..

H.A.T.I benda yang kecik tapi fungsinya?sangat banyak...dah mcm pokok kelapa plak 1 benda byk hal blh jd dengan hati ni... kadang2 tanpa kita sedari dr hati lah segala hal boleh tercetus, kerana hati kdg2 seorang sahabat boleh kehilangan sahabatnya, kerana hati juga dua jiwa yang sebelum ni berjauhan boleh di dekatkan dan kerana hati jugalah manusia boleh berubah watak..

Hati walaupun size kecil tp walaupun telah dipotong msh lg mampu untuk membiak semula, begitu juga dengan perasaan yang ada dalan hati kita ni.. kadangkala kita meihat seseorang itu dengan hati / perasaan yang penuh kebencian..tp dengan sedikit kebaikan yang di tonjolkan perlahan2 hati kita yang dulunya penuh rasa benci akan mula membiakkan rasa suka dan gembira... dan begitu juga hal yang sebaliknya mampu berlaku disebabkan hati n rasa..jika dahulu kita sangat menyayangi sesorg, kdgkala akibat perubahan hati, boleh menyebabkan hati 1 pihak lagi menanggung kesedihan n juga kekecewaan.

Hati juga ada ketikanya membuatkan kita menjadi mudah tersentuh, dari sentuhan di hati kita, tanpa kita sedari perlahan2 akan menyebabkan air mata kita perlahan2 menitis keluar dr pelupuk mata kita..dan di saat itu tibe2 hati kita akan dapat merasakn kepedihan,kesakitan n kesengsaraan yang di alami oleh org lain...

wpun hati hanya di dalam tubuh badan kita, tp hati juga lah yang kadangkala mengawal tindak tanduk luaran kita..jadi tidak kira siapapun kita ini, kita harus selalu beringat bahawa hati mampu memainkan peranan yang sangat besar di dalam kehidupan kita, jd jangahlah kita mudah mempermainkan hati n rasa org lain jika kita menginginkan hati kita di jaga org lain...setiap apa yang kita berikan, akan sampai 1 saatnya ia akan kembali semula kpd kita.. Hukum kehidupan, yang di beri pasti akan mendatang kembali.

Wallahualam..

No comments: