Monday, January 6, 2014

LEBIH BAIK


Mengetahui atau tidak mengetahui..memberitahu atau tidak memberitahu, bertanya atau berdiam diri.

Kadang2 kita x tahu mn 1 diantara keputusn2 atau pilihan keputusan yang patut kita lakukan..kadang2 apabila kita mengetahui mengenai sesuatu hal / perkara.. ia akan membuatkan kita merasakn adalah lebih baik utk kt tidak mengetahuinya, malah kdgkala kt akan berasa sgt bersyukur kerana kt diberi kesempatan utk mengetahui akan kebenaran mengenai sesuatu hal.

ada saat atau ketikanya kita merasakan seolah2 kita ingin meluahkan sesuatu rasa / perkara yang telah kita ketahui pd sesorang, tp ada waktunya kita merasakan adalah lebih baik jika kita mendiamkan diri sahaja.cukuplah hanya kita yang mengetahuinya agar kita boleh trs melihat n mengikut rentak atau gaya perjalanan / permainan sesuatu perkara itu agar kita dpt membuat keputusan dgn lbh tepat lg.

akan sampai waktu ketika jiwa n hati kita sangat meronta2 untuk bertanya akan sesuatu hal, akan tetapi di satu sudut lain pula hati kita merasa bagai tidak perlu untuk meluahkan rasa atau persoalan itu.. jiwa kecil kita akan merasakan lebih baik andai persoalan itu cukuplah sekadar berlegar di pemikiran n hati kita kerana ditakuti persoalan itu bakal mencetuskan perkara yg lebih tidak terkawal dan begitulah sebaliknya.

pelbagai persoalan n perasaan akan bermain di pemikiran n hati setiap insan yg bernyawa..walau bagaimanapun tepulang lah pd diri seseorang itu untuk mengawal situasi agar hal2 yang tidak diingini tidak berlaku...adalah lebih baik jika kita sebagai makhluk ciptaanNya berdoa n memohon petunjuk drNya dalam apa jua persoalan yg bermain di minda kita..akan kerana dengan ini kehidupan kita akan menjadi lebih baik apabila kita semakin mendekatkan diri kita dengan Dia yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang berlaku di alam ciptaanNya ini..

Wallahualam..

No comments: