Monday, January 6, 2014

Tujuan n Matlamat

Assalammualaikum...BismillahiRahmaniRahim

Tujuan Hidup Vs Matlamat Hidup

hmm berdasarkan dr dua perkara di atas tu..mana satu yg lebih penting? mana 1 yg mempunyai nilai priority yg lebih tinggi?


Apakah sebenarnya matlamat hidup kita di dunia ni? Apakah tujuan kita hidup di dunia ni? dr mata kasar kedua2 benda ni nmpk hampir sama mksdnya...tp kalao kita teliti n dalami betul2, sebenarnya kedua2 ni mempunya maksud yg agak berbeza.

Dari segi sudut pandangan aku yg x berapa nak terer ni n berdasarkan pemahaman dr apa yg di dengar n dipelajari, Matlamat Hidup adalah sasaran kita atau apa yg kita inginkan dlm hidup kita ni. Contohnya nak jd seorang anak yang taat pd ibu bapa, menjadi seorang guru yg berdedikasi, menjadi pensyarah yang tulus n ikhlas mencurahkan segala ilmu yang ada pd pelajar2nya, nak beli keta mewah 4-6 biji (uikkk kena keje kerassss ni), nak ada keluarga dll.. ni semua adalah matlamat kita, sasaran kita / hajat kita.

Sementelah itu (woww ayat aku) Tujuan Hidup ini adalah niat kita utk hidup.. Jadi apa sebenarnya niat kita utk hidup di muka bumi Allah ni? haaa jawapannya xlain dan tak bukan adalah untuk menjalankan kewajipan kita sebagai hambaNya..Tujuan kita dihidupkan di dunia ni adalah untuk menjadi khalifah yakni pemimpin atau pentadbir di muka bumi Allah ni..setiap hal yang kita lakukan hendaklah dengan 1 tujuan / niat yakni LILLAHI TA'ALA. Tujuan kita di jadikan adalah untuk beribadah kepadanya,,jd setiap hal atau perkara yang kita lakukan di muka bumi ni, nak cari suami/ isteri ke, nak jd anak yg soleh/solehah ke, nak cari keta mewah 4-6 biji ke, semua ni kita kenalah lakukan dgn 1 tujuan / niat yakni untuk mendapatkan keredhaan dr ALLAH S.W.T bukanlah kerana kita nak mendapatkan pujian atau pandangan istimewa dr makhluk2 lain yang diciptakan Allah.. kerana kita semua diciptakan oleh Dia, jd utk apa kt menjd istimewa di pandangan mata makhluk ciptaanNya, sebaliknya berusahalah kita untuk menjadi istimewa di pandangan mata pencipta kita sendiri yakni Allah S.W.T.

Satu hal yang penting untuk kita selalu ingat sepanjang perjalanan kita memenuhi matlamat n tujuan hidup kita ni adalah "Setiap manusia itu dijadikan sama disisi Allah S.W.T yang mampu membezakan mereka hanyalah iman n taqwa". sekiranya kita berusaha untuk menjd yang terbaik di pandangan mata manusia, kita blm tentu akan menjd yg terbaik di pandangan mata Allah, sebaliknya jika kita berusaha menjd yg terbaik di pandangan mata Allah, insyaAllah tanpa kita sedari kita juga akan menjadi yg baik di pandangan mata manusia. Sehebat mana pun kita di dunia ini, sesungguhnya ada yg lebih hebat dr kita dan itu semestinya x lain x bukan adalah Dia Allahurabbi....

Wallahualam..

"SETIAP KEJAYAAN ITU BERMULA DENGAN 1 LANGKAH KE HADAPAN"

No comments: